
PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU ASLI MALAYSIA

Persilatan yang di asaskan oleh Panglima Lidah Hitam@Baginda Zaharuddin ( PPM-010-08-02112011 )


SALASILAH

Bagi Silat Lintau yang dibawa oleh Arwah Hj Mulok, pewaris merupakan sesuatu yang utama bagi pesilat dan pertubuhan. Telah di sebut oleh arwah Hj Mulok, yang boleh menjadi pewaris, menjadi guru utama dan yang boleh mengkhatamkan pesilat-pesilat hanyalah dari keturunannya sahaja. Oleh itu, waris keturunan merupakan sesuatu yang penting bagi pertubuhan dan persilatan silat lintau asli ini.
Pada hari ini cucu kepada arwah Hj Mulok iaitu Mohd Hidayatullah atau dikenali sebagai Yob, merupakan pewaris kepada Silat Lintau dan Guru Utama kepada pertubuhan ini. Sebelum itu, ayah kepada Mohd Hidayatullah dan anak kepada arwah Hj Mulok iaitu Ustaz Hj Sahperi merupakan Guru Utama dan pewaris yang boleh mengkhatamkan pesilat-pesilat Lintau ini.
Guru Utama

HJ Abdul Mulok bin Sutan Idham
Abdul Mulok bin Sutan Idham@Ibrahim dilahirkan pada 10/8/1903 di Tiku, Pariaman dan diasuh oleh datuknya yang bergelar Datuk Panglima Alang Laut sehingga dewasa dan diasuh dengan permainan silat Lintau selain mengaji Al-Quran dan belajar agama dari datuknya.
Menerima amanat dari datuknya pada hari Khamis 16 maulud (Rabiulawal) 1916. Telah mula mengembangkan Silat Lintau di Tanah Melayu pada tahun 1930. Mempunyai tiga orang anak dimana waris dan amanat Silat Lintau ini telah diturunkan kepada anaknya Hj Ustaz Sahperi. Meninggal dunia akibat paru-paru berair pada 4/5/1982 semasa berumur 79 tahun.

Hj Ustaz Sahperi bin Hj Abdul Mulok
Hj Ustaz Sahperi bin Abdul Mulok dilahirkan pada 11/5/1942. Bekerja sebagai seorang guru agama di sekolah. Mempelajari Silat Lintau daripada ayahnya secara bersembunyi dan mendalam. Setelah pemergian Hj Mulok, Ustaz Sahperi tidak terus mengambil alih sebagai Guru Utama tetapi hanya setelah dipujuk oleh beberapa murid lama dipersetujui untuk menjadi Guru utama pada tahun 1989.
Mengidap kanser pada tahun 2002 dan membuat rawatan di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Meninggal pada 10/4/2003 jam 12 tengah hari berumur 61 tahun dan dikebumikan di Kg Seri Rahmat, Changkat Larang

Mohd Hidayatullah bin Hj Sahperi
Dilahirkan pada tahun 1969, dan dinamakan sebagai Muhammad Hidayatullah oleh ayahnya. Memandangkan Mohd Hidayatullah merupakan cucu yang sulung maka dia juga digelar sebagai Ayob bermakna abang sulung dalam loghat Perak. Di khatamkan oleh ayahnya dalam Silat Lintau dan selepas khatam, mencari dan mempelajari Silat ini dengan murid-murid lama di bawah arwah Pak Encik.
Menggantikan arwah ayahnya sebagai Guru Utama dan menerima amanat pada tahun 2004 semasa berumur 35 tahun dan kini telah membuka kembali gelanggang asal di Kg Seri Rahmat yang pernah dibuka pada tahun 1940an dahulu.
Guru-Guru Lama
Berikut merupakan Guru-Guru lama dalam Silat Lintau yang telah banyak berjasa kepada pengembangan Silat Lintau di Malaysia ini. Jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas kerana antara sebab Silat Lintau masih wujud di Tanah Melayu ini adalah atas sebab usaha mereka yang tak pernah putus asa dalam mengembangkan persilatan ini dan kami dari Pertubuhan Seni Silat Lintau Asli Malaysia amat terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka ini.
Senarai guru-guru lama akan ditambah dari semasa ke semasa

Pak Sarip Lobo
Tanjung Piadang, Perak

Pak Mail
Taiping, Perak
Arwah Pak Mail
Taiping, Perak


Pak Md Nor Hitam
Sungkai, Perak
Cik Ayie
Kajang, Selangor

Pak Non
Bukit Minyak, Penang