
PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU ASLI MALAYSIA

Persilatan yang di asaskan oleh Panglima Lidah Hitam@Baginda Zaharuddin ( PPM-010-08-02112011 )



KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada pembaca dan tetamu laman web ini,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Taufik dan hidayahNYA beserta dengan berkat RasulNya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, maka di atas usaha ahli jawatankuasa Pertubuhan Seni Silat Lintau Asli Malaysia maka kami dapat menghasilkan laman web persatuan sebagai medium penyebaran maklumat mengenai Silat Lintau Asli ini.
Silat Lintau Asli ini mempunyai sejarah yang panjang di mulai dengan Panglima Lidah Hitam atau nama sebenar Bagindo Zaharuddin yang berasal dari Padang Pariaman. Silat Lintau ini merupakan silat yang tua dan adalah harapan kami untuk generasi muda untuk berlatih dan menguasai silat ini sebagai pakaian diri dan menyambung warisan melayu kita supaya tidak hilang ditelan zaman.
Adalah juga harapan saya supaya Silat Lintau ini kembali bersinar seperti di zaman Hj Abdul Mulok yang mengasaskan Silat ini di Tanah Melayu disebabkan Silat yang mempunyai sejarah yang lama, amat merugikan jika ianya hilang begitu sahaja dari Tanah Melayu dan tidak dikenali oleh bangsa sendiri. Jadi dengan bersemangat warisan bangsa yang mengalir di tubuh kita ini, marilah sama-sama kita memartabatkan warisan bangsa kita.
Semoga perancangan dan aktiviti yang di jalankan mendapat keredha’an dari Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui
Sekian sahaja kata-kata dari saya.
Muhammad Hidayatullah bin Hj Sahperi
Guru Utama / Pewaris Guru
Pertubuhan Seni Silat Lintau Asli Malaysia