top of page

SILAT DAN SENJATA

Oleh Muhammad Hidayatullah bin Hj Sahperi

 

Pada umumnya silat itu permainannya diambil kebanyakannya daripada cara cara binatang bergerak, bergaduh dan berburu. Ada juga diambil daripada kejadian alam semula jadi seperti sambaran petir, libasan daun , angin bertiup, hujan dan lain lain fenomina alam.

​

Hasil daripada carian permainan tersebut disulam pula dengan cara kehidupan manusia seperti cara melompat ,berjalan, sembahyang dan berbagai bagai cara pergerakan manusia yang difikirkan sesuai menggikut jenis seni mempertahankan diri sesuatu bangsa atau kaum tersebut.Dikalangan orang melayu atau minangkabau ia di panggil Silat, dikalangan masyarakat Cina ia dikenali sebagai Kuntau secara amnya.

​

Ada juga seni mempertahankan diri dan Silat diselitkan beberapa jenis permainan yang bukan hanya boleh dilihat dengan mata kasar tetapi juga dimainkan dengan cara yang lebih halus dan adakalanya langsung tak perlu memegang fizikal musuh  seperti menggunakan ilmu kebatinan didalam istilah orang melayu dan kuasa Chi dikalangan bangsa Cina.

​

Kebiasaannya ilmu batin ini diambil daripada amalan agama sesuatu bangsa sebagai tanda arasnya @ guard line. Seperti kebatinan didalam silat Melayu kebanyakannya berasaskan agama islam dan ada juga berasaskan agama nenek moyang bagi mereka yang bukan beragama islam begitu juga dengan seni mempertahankan diri seperti Kuntau dan Kung fu berasaskan agama Budha dan begitulah juga seni mempertahankan diri bangsa lain diseluruh dunia bagi yang ada mengunakan ilmu kebatinan.

​

SENJATA

Jika dikaji sejarah kehidupan manusia diperingkat awal zaman batu , senjata yang awal adalah kayu dan batu digunakan untuk memburu binatang, bercucuk tanam dan mempertahankan diri dari serangan binatang buas. Batu untuk dibuat kapak,alat mengoyak dan memotong daging seperti mata pisau kerana ia keras dan ada sedikit berat. Kayu pula digunakan untuk memukul,menyucuk, menikam kerana ia ringan dan mudah dibentuk dan ada juga kayu digunakan untuk menyalakan api pada ketika itu.

​

Zaman batu pertengahan manusia semakin pandai menggunakan bahan semula jadi daripada perut bumi seperti timah, besi , tembaga dan emas. Disebabkan emas ini lebih sukar ditemui maka nilainya lebih mahal daripada logam yang lain.Manusia mula berfikir jika logam ini dijadikan senjata mungkin lebih bagus kerana ia keras dan tahan lama malahan ia boleh dibentuk dengan berbagai bentuk yang dikehendaki.

 

Maka dari situlah bermulanya zaman era senjata logam diketengahkan sedikit demi sedikit hinggalah hampir semua senjata menggunakan logam seperti campuran besi,tembaga,perak,emas dan berbagai bagai jenis logam. Selain itu logam ini juga dibuat sebagai matawang setelah sistem bata semakin kurang mendapat sambutan.

​

Senjata logam yang paling awal digunakan adalah untuk menyiat makanan iaitu dengan kata lain adalah untuk barang dapur. Tetapi ia berkembang sedikit demi sedikit kegunaannya untuk dibuat senjata didalam mempertahankan diri dan untuk peperangan.

​

Terdapat beberapa katogeri senjata :

1. Senjata peribadi seperti keris,pedang,pisau, golok, tekpi,gerambit dan banyak lagi yang digunakan oleh individu sahaja.

2. Senjata umum seperti meriam, lembing buloh untuk digunakan sebagai jerat, rantai dan banyak lagi jenis senjata yang boleh digunakan lebih daripada seorang.

​

Terdapat juga senjata yang masih menggunakan bahan asalnya seperti lembing buluh, panah buluh, sumpit, kayu panjang dan rotan pemukul yang digunakan hingga hari ini. Perbezaan lembing dengan tombak ialah bahan buatannya, biasanya tombak dibuat daripada campuran dua bahan seperti matanya dibuat daripada besi  dan ada kalanya seperti mata keris dan pemegangnya dibuat daripada kayu tetapi lembing biasanya dibuat daripada kayu atau buluh sahaja begitu juga dengan sumpit kesemuanya dibuat daripada buluh.

​

Lahirnya ilmu seni mempertahankan diri ini adalah sama masanya dengan lahirnya penggunaan senjata untuk mempertahankan diri sewaktu berburu pada zaman batu lagi, cuma kaedah atau cara penggunaannya saja yang berbeza mengikut keadaan dan keperluan.

​

 

PENGENALAN SENJATA DIDALAM SILAT

Asas mengenai senjata perlulah diketahui terlebih dahulu dengan melalui beberapa kaedah seperti:

 

1. Bentuk senjata: panjang, pendek, bulat,leper, tajam,tumpul,kecil,besar,keras,lembut dan Ketebalannya.

​

2. Cara pegangannya : genggam sebelah atau kiri kanan,genggan keatas atau kebawah atau Kebelakang,pegangang lurus,peganggang tegak,selitan dan sebagainya .

​

3.Cara serangannya: Tikaman,hentakan,lilitan,pasak,kelar,libas,hiris,pusingan dan lain lain.

​

4. Sudut membunuhya: Setiap senjata mempunyai sudut membunuh yang berbeza dan adakalanya hingga 9 sudut membunuh untuk satu satu senjata.

​

5. Jarak kegunaan: Jarak dekat, sederhana,jauh (panah), jarak sekaki,jarak. selangkah,sedepa,lontaran (lembing).

​

6. Sifat Makannya: Untuk jumlah musuh (makan dengan menikam tidak sesuai untuk musuh yang ramai sebaliknya senjata libasan sesuai untuk musuh yang ramai).

​

7.Seni Hayunannya:   Pengguna perlu tahu seni hayunan atau gerak tarinya senjata tersebut, ianya ada adapnya,tertipnya,pantangnya dan harusnya.

​

8.Rahsia Senjata:       Setiap senjata ada rahsia permainan dan pemakannya.

​

9. Asas Elakannya:    Setiap senjata mempunyai asas elakan yang berbeza.

​

10.Kuncian :   Fizikal senjata itu memberikan makna tertentu seperti kuncian hidup atau Kuncian mati.

​

CONTOH SENJATA DIDALAM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

PENGENALAN TEKPI:

​

Nama Tekpi ini dikenali di Malaysia tetapi di Indonesia ia dikenali sebagai siku siku @ Tjabang dan di sebelah India, Jepun dan Korea  ia dikenali sebagai Sai.

Ia ditiru daripada Trisula (Trident) di India. Dipercayai berasal dari Cina datang ke Thailand dan ke Kedah tahun 1556 diajar kepada Sultan Kedah. Ada juga mendakwa ianya berasal daripada Indonesia. Ia juga disebut sebagai Raja Segala Senjata.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

Biasanya Tekpi ini dimainkan sepasang sewaktu membuat pertunjukan ataupun didalam berpencak.

CARA PENGGUNAAN:

1. Menggunakan kelima lima jari tetapi diselitkan diantara ibu jari dan jari telunjuk dengan mengepit di sampirnya untuk membuat pusingan .

2.Meletakkan  hulu diantara jari telunjuk dengan dari hantu@tengah untuk menghentak.

3. Memegang hulu dengan tangan untuk melibas.

​

CORAK SERANGAN @ PATTERN:

1. Melibas dengan tepi dan hujung cabang.

2.Menghentak dengan mata lalat / hujung cabang. Tusukan pada  solar plexus (point pelemah).

3. Memukul dengan batang @ cabang.

4.Mengunci dengan cabang/sampir

​

CORAK PERTAHANAN:

Menahan libasan parang/kayu secara berdepan atau tepi dengan melintangkan pada lengan.

LANGKAH:

1. Langkah 4 rasmi. (untuk ahli Silat Lintau Asli)

2. Langkah Belebas (Langkah Serangan asas)

PERMAINAN:

1. Permainan gelanggang dengan ibu asas.

2. Permainan gelanggang pencak.

3.Berpasangan dengan pemain tekpi.

4. Berpasangan dengan senjata lain seperti kayu, pedang ,keris, gerambit.

 

Secara amnya pelatih perlu latihan intensif untuk memahirkan diri dengan corak yang lebih baik  untuk menguasai permainan tekpi ini. Dan selalu menjalani latihan untuk memantapkan diri dengan langkah dan ibu permainan silat  sehingga menjadi mantap dan kemas.

 

CONTOH  SENJATA KERAMBIT

Mengikut sejarah kerambit ini berasal daripada tanah Minangkabau, tersebarnya tentang permainan kerambit ini adalah apabila para perantau Minangkabau merantau dari satu negeri ke satu negeri dan negara termasuk Malaysia.Menutur cerita daripada orang dulu kala terciptanya permainan kerambit ini adalah daripada cara cakaran harimau. Setelah melihat harimau bergaduh dengan mencakar musuhnya maka senjata ini dicipta menyerupai kuku harimau.

Terdapat beberapa jenis dan panggilan kerambit di nusantara:

1.Kuku Harimau di Sumatera Barat, jawa Barat dan Madura.

2.Kuku Alang (Helang),Lawi ayam, Cakar helang dari Sumatera Barat.

3.Kuku Bima. Jawa Barat, Jawa Tengah.

4.Kerambit Sumbawa. Pulau Sumba

5. Kuku Hanoman, Jawa Barat.

6.Kerambit Lombok, Lombok.

 

 

Kerambit

 

 

 

 

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

CARA PENGGUNAAN:

1.Kerambit  adalah sebentuk pisau yang kecil dan separuh bulatan digenggam dihulunya dengan  

   genggaman kecil.

 

2.Pada sesetengah hulunya ada dibuat lubang yang boleh memuatkan jari telunjuk untuk mengelakkan 

   ianya terjatuh atau terlepas semasa menggunakannya.

 

3.Dengan memasukkan jari telunjuk didalam lubang pada hulu nya ia boleh dipusingkan 360 darjah  

   untuk menakutkan musuh atau mengubah posisi pemakannya.

 

CORAK SERANGAN @ PATTERN:

1.Melibas untuk mengoyak tubuh musuh.

2.Menghentak dengan menggunakan hulunya yang ada sedikit benjolan.

3.Bilahnya tajam luar dan dalam jadi dia boleh makan semaada dari luar atau dalam.

4.Sesuai untuk pergaduhan jarak pendek.

CORAK PERTAHANAN:

1. Mengelak serangan secara terus.

2. Menangkap tangan yang memegang kerambit tersebut.

3. Boleh dikuncikan dengan permainan kain basah atau selendang/cindai.

LANGKAH:

1. Langkah 4 rasmi. (untuk ahli Silat Lintau Asli)

2. Langkah Belebas (Langkah Serangan asas)

 

PERMAINAN:

1. Permainan gelanggang dengan ibu asas.

2. Permainan gelanggang pencak.

3.Berpasangan dengan pemain kerambit.

4. Berpasangan dengan senjata lain seperti kayu, pedang ,keris, kain cindai.

​

GABUNGAN SILAT DAN SENJATA.

Terdapat 2 variasi didalam persilatan, pertama, permainan hanya menggunakan tangan kosong sewaktu bertarung  atau membuat pertunjukan. Ini memerlukan kemahiran di peringkat sederhana dan  memerlukan kecekapan, kecepatan dan ketepatan.

​

Kedua, permainan menggunakan senjata pula memerlukan kemahiran diperingkat yang lebih tinggi selain memerlukan kecekapan, kecepatan dan ketepatan didalam permainan silat tadi. Kerana tidak boleh ada sedikit kesilapan pun semasa menggunakan senjata sewaktu bersilat. Ada senjata boleh makan tuan@terkena diri sendiri jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

​

Pesilat juga perlu tahu cara penggunaan, cara makan, cara menangkis atau menahannya, jarak serangannya, bilangan musuh yang boleh dimakan didalam satu satu masa. Kekuatan senjata juga penting sewaktu bertarung sama ada untuk pertunjukan atau pertandingan kerana kita tidak mahu ada apa  apa kecerderaan disebabkan senjata itu patah atau bengkok.

​

Itu sebabnya ada sesetengah senjata mempunyai material yang berlainan dan agak mahal sedikit daripada yang sejenis dengannya mengikut kemampuan pemilik. Disesetengah tempat senjata melambangkan status seseorang didalam masyarakat seperti Sultan, pembesar, pendekar dan ketua ketua kampung pada masa dulu.

​

Terdapat 2 jenis senjata. Jenis kosong iaitu hanya kecekapan pemakai dan jenis senjata untuk memberi kemenangan kepada pemakai. Jenis berisi iaitu diselitkan unsur kebatinan@spritual pada senjata tersebut dengan memandikannya dengan bahan bahan tertentu dan dijampi dengan mentera mentera tertentu agar sipemakainya mempunyai kesaktian tertentu seperti kebal dan lain lain, ada juga diselitkan kebatinan agar senjata tersebut menjadi lebih berbisa atau boleh mengalahkan kekebalan musuh apabila di terok atau dirobek di badan musuh.

​

Kesimpulannya , persilatan dan senjata seperti isi dengan kuku rapatnya dan sebab itulah apabila diadakan pertangan silat seni mesti ada juga permainan senjata diselitkan didalam ketogeri ketogeri tertentu untuk menguji kecekapan pesilat.

© Copyright

© 2014 by LintauAsli. Proudly created with Wix.com

bottom of page