
PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU ASLI MALAYSIA

Persilatan yang di asaskan oleh Panglima Lidah Hitam@Baginda Zaharuddin ( PPM-010-08-02112011 )


Senjata Peperangan Zaman Melayu Lama
Pertubuhan Seni Silat Lintau Asli Malaysia merupakan suatu persilatan yang diwarisi daripada Baginda Zahirudddin atau dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam. Antara keturunan beliau juga terdapat seorang panglima yang bergelar Panglima Alang Laut iaitu datuk kepada Haji Abdul Mulok yang memasyhurkan Silat Lintau di Malaysia. Keduanya merupakan panglima perang dan mempunyai ilmu-ilmu peperangan yang telah diturunkan kepada anak cucu mereka.
Kerajaan-kerajaan Melayu lama telah melalui pelbagai bentuk serangan dan peperangan daripada pelbagai pihak seperti pihak Belanda, Portugis dan juga peperangan diantara kerajaan-kerajaan Melayu yang lain juga. Disebabkan itu, persenjataan dan kesediaan kerajaan Melayu Lama untuk menerima dan mematahkan serangan dan juga menyerang pihak musush adalah amat penting.
Dalam peperangan terdapat beberapa perkara yang penting dalam kesediaan untuk berperang iaitu
-
Senjata
-
Askar
-
Makanan
-
Pengangkutan
Topik ini adalah lebih kepada penulisan mengenai persediaan senjata. Untuk memastikan bahawa persenjataan askar kerajaan adalah lengkap merupakan faktor yang amat penting untuk memastikan peperangan tersebut boleh dimenangi. Penyediaan tersebut memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga yang banyak untuk menyediakan kelengkapan senjata tersebut. Oleh itu, persenjataan boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu:
-
Alatan serangan
-
Alatan pertahanan
Senjata serangan
Disebabkan penyediaan senjata memerlukan kos yang tinggi, maka senjata bagi askar biasa selalunya akan menggunakan senjata yang mempunyai kos yang lebih rendah. Kebiasaannya, senjata utama dalam peperangan adalah tombak. Ini adalah kerana tombak diperbuat daripada kayu dan hanya bahagian hujungya mempunyai besi. Oleh kerana tombak juga adalah senjata yang panjang, maka ianya juga amat sesuai digunakan semasa perang untuk mendapatkan kelebihan dari segi jarak semasa menyerang musuh.
Tombak boleh digunakan dengan menggunakan dua atau pun satu tangan. Apabila menggunakan satu tangan, selalunya tangan yang tiada memegang apa-apa akan digantikan dengan penggunaan perisai. Ini akan meningkatkan lagi aspek pertahanan askar tersebut.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Contoh tombak
Senjata kedua adalah pedang. Pedang selalunya mempunyai kos yang lebih mahal dan akan digunakan oleh pihak atasan ataupun oleh panglima-panglima yang berada. Disebabkan pembuatannya memerlukan kepakaran yang tinggi dan masa yang lama, maka pedang adalah senjata yang berprestij dan hanya digunakan oleh beberapa pihak sahaja.
​
Contoh pedang
Untuk askar-askar biasa, selalunya apabila tombak sudah hilang ataupun patah, maka ianya akan digantikan dengan senjata yang lebih kecil iaitu parang. Parang boleh didapati dimerata-rata disebabkan penggunaannya yang meluas dalam pertanian dan semasa berkebun. Disebabkan terdapat juga askar-askar Kerajaan Melayu Lama yang mengerahkan rakyat jelatanya untuk berkhidmat sebagai askar kerajaan semasa waktu peperangan maka parang merupakan senjata yang paling banyak digunakan sebagai senjata kedua selepas tombak.
Terdapat juga senjata-senjata kecil yang digunakan seperti pisau, badik dan sebagainya jika askar-askar tersebut telahpun kehilangan senjata utama dan senjata kedua mereka. Akan tetapi jika berlawan dengan musuh yang bersenjata lengkap, ianya bukanlah sesuatu yang boleh menolong dalam situasi peperangan.
Ada beberapa senjata yang jarang didengar tetapi digunakan didalam peperangan iaitu cokmar (Mace). Cokmar berfungsi untuk memukul dan kepalanya yang diperbuat daripada besi dapat mematahkan pertahanan perisai dan juga baju zirah musuh.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Contoh Cokmar
Senjata api juga digunakan dalam peperangan dan tembakan hanya akan dilepaskan sebanyak 2 atau 3 kali sahaja sebelum askar-askar dari kedua pihak bertemu untuk pertarungan jarak dekat menggunakan tombak ataupun pedang.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Contoh senjata api
Aspek pertahanan
Dalam peperangan juga amat penting untuk memastikan askar-askar dapat bertahan daripada serangan musuh. Oleh itu terdapat beberapa perkara yang dapat membantu askar-askar didalam peperangan tersebut
-
Baju zirah
-
Topi besi
-
Perisai
Seperti sedia maklum, baju zirah merupakan barangan yang mahal untuk diperbuat dan hanya digunakan oleh pasukan yang elit ataupun pnaglima-panglima perang sahaja. Kebanyakan askar akan menggunakan baju kulit untuk mendapat pertahanan daripada dihiris dan melindungi daripada cedera-cedera ringan sahaja. Apabila berdepan dengan tusukan tombak yang kuat ataupun libasan pedang, ianya tidak akan dapat membantu askar tersebut daripada mengelakkan kecederaan yang boleh mendatangkan maut.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Contoh baju zirah Brunei
Oleh itu, antara aspek pertahanan yang penting untuk askar adalah penggunaan perisai. Perisai di nusantara selalunya diperbuat daripada rotan ataupun kayu. Hanya Panglima-panglima sahaja yang mempunya perisai yang diperbuat daripada kayu dan dikuatkan oleh besi ataupun perisai yang diperbuat daripada besi sepenuhnya. Akan tetapi, perisai yang diperbuat daripada rotan dan kayu ini memadai untuk menangkis serangan-serangan musuh yang menggunakan tombak ataupun pedang.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Contoh Perisai
Apabila berperang, askar-askar kerajaan Melayu Lama akan menggunakan perisai sahaja tanpa menggunakan baju zirah ataupun baju kulit dan bersenjatakan tombak ataupun pedang dan parang. Jika askar-askar tersebut berperang tanpa baju zirah ataupun perisai, maka ianya akan mengundang maut terhadap askar tersebut kerana askar-askar tersebut telah memasuki dalam peperangan tanpa peralatan yang mencukupi.
Akan tetapi, dengan kemajuan teknologi peperangan seperti senjata api, maka sedikit demi sedikit penggunaan baju zirah dan perisai tidak digunakan lagi disebabkan kekuatan senjata api untuk menembusi alatan pertahanan tersebut.
Contoh-contoh kelengkapan askar Melayu lama daripada Nusantara
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Pahlawan Aceh yang bersenjatakan tombak, perisai dan senjata api
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Pahlawan dari Aceh bersenjatakan tombak, pedang, perisai dan senjata api
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Pahlawan Moro, Filipina yang berbaju zirah dan bersenjatakan tombak
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Dua pahlawan dari Nusantara berlatih dengan tombak dan perisai
Tradisi pengunaan senjata-senjata peperangan tersebut sudah hampir pupus di Malaysia dan jarang diajarkan lagi dan senjata seperti keris, tekpi dan permainan parang solo tanpa perisai yang diketengahkan yang mana ianya tidak diguna pakai semasa peperangan dan hanya digunakan oleh rakyat biasa untuk mempertahankan diri. Ditakuti ilmu-ilmu peperangan dan penggunaan senjata perang akan pupus jika tidak diwarisi oleh generasi akan datang.









